Thursday, 2 July 2020

guide,advice,journey for matriculation student

hyeee!!

 Whoever see this post u guys did great! congrats for whatever results u guys get..just keep moving okayy!!

 I decided to share about my knowledge regarding matriculation life as a student..
mesti ramai yang tertanya tanya kan macam mana lah masuk matrik nanti..so saya akan open minda korang siket tentang matrikulasi ni sebenarnya..dan macam mana rasanya jadi student matrikulasi. Semua yang saya akan cerita ini adalah berdasarkan pengalaman,pemerhatian dan sememangnya saya tahu sebab saya sendiri ialah ex-student matrikulasi! hahahahaha sy ialah batch 18/20 which is i am pdt and pst student! whattt...macam mana I boleh experience both as pdt and pst student? Korang yang tengah keliru tu memang takkan menyesal sebab singgah blog ni. Baca sampai habis tau. I will guide, share some advices, including the journey for student yang memang tengah decide path korang or haluan korang and tengah mempertimbangkan diri untuk masuk ke matrikulasi ni. Don't worry you are not alone.

Basically, kat matrikulasi ni ada sistem satu tahun dan sistem dua tahun. Sistem satu tahun ni melibatkan pelajar jurusan  sains dan akaun. Manakala sistem dua tahun melibatkan pelajar jurusan  sains sahaja. Saya merupakan pelajar jurusan sains modul satu program dua tahun. Berdasarkan format sekarang, program dua tahun ni, satu tahun korang akan alami pdt life yang jadualnya tak pack macam pst life..but for tahun satu lagi..barulah korang akan alami pst life. Kiranya macam berfasa la untuk budak program dua tahun ni..secara tak langsung menjadikan budak program dua tahun yang sekarang based on format baru ni..lebih berpengalaman dan lebih makan asam garam kehidupan kat matrikulasi ni..sebab mereka alami both as pdt & pst life dan paling lama duduk di matrikulasi! hahahahah. Nanti saya akan ceritakan perbezaan budak pdt dan budak pst. Secara amnya, di matrikulasi ni ada 3 modul bagi pelajar jurusan sains. Setiap modul ada 4 matapelajaran yang diambil kira untuk pointer korang dan setiap modul itu ada perbezaan subjek yang diambil.

Modul satu- biologi, fizik, matematik, kimia
Modul dua- fizik, sains komputer, matematik, kimia
Modul tiga- biologi, sains komputer, matematik, kimia

kimia dan matematik ialah subjek teras yang perlu diambil di matrikulasi. Modul yang korang dapat based on result korang sendiri. But, if korang nak tukar modul, korang boleh mohon! and berurusan dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kolej matrikulasi yang korang dapat. Sama ada permohonan korang akan diterima atau tidak, HEP akan maklumkan nanti. Korang kena alert dengan info yang pihak kolej akan sampaikan mengenai pertukaran modul.

Okay, untuk tukar program satu tahun ke dua tahun jawapannya ialah bolehh.. tapi sekiranya anda dapat program dua tahun dan ingin tukar ke program satu tahun..jawapannya ialah tidak boleh :(
saya akan ceritakan dengan lebih lanjut kat bawah..for pst and pdt students..

Btw, kat matrik korang juga kene ambil MUET (MALAYSIAN UNIVERSITI ENGLISH TEST) yaaa..penting untuk kemasukan korang ke universiti nantii..sebab antara syarat korang nak enter university ialah korang wajib amek MUET! MUET ada sesi dia..so korang akan tahu dengan lebih lanjut nanti bila dah masuk kolej..lecturer korang akan terangkan..

For elaun, korang akan dapat free elaun yohooo! for those yang layak laa..it based on gaji parents korangg..if gaji parents korang tinggi melambung memang tak dapat laa..matrikulasi ni actually femes dengan elaun  yang diberikan pada pelajar..basically elaun yang kami dapat sebelum ini dalam RM250 centu untuk sebulan ya. Setiap bulan elaun akan masuk. So kos sara hidup agak rendah la kat matrik ni..and tak mahal macam institusi pengajian yang lain.


-FOR PDT STUDENTS- 2 tahun (4 semester)

Hye sape yang dapat program 2 tahun kalau boleh jangan sedih2! saya faham sangat perasaan tu and mungkin ada diantara korang yang menginginkan program 1 tahun. But, don't worry guys, rezeki orang lain2..just remember rezeki Allah itu luas..just keep moving and study for ur life okay! I dunno if korang betul2 nak masuk matrikulasi or this is the only choice that you have or it is just an option. But korang boleh jadikan matrikulasi ni..as platform korang nak menuntut ilmu dan perbaiki apa yang patut about yourself..tak kisah la pelajaran, skills, or experience..but we do not learn for nothing okayy..

Basically, yang dapat program 2 tahun ni..korang ada spoil for certain subjek..maybe subjek tersebut merupakan subjek teras di matrikulasi ni..for example, addmath, english, chemistry. But dont easily give up.! things can change and it happened. For those yang nak perbaiki kehidupan korang..and nak perbaiki result korang, masih or belum tentukan haluan korang and tengah berfikir lagi..korang boleh try matrikulasi. Why i say like this?  because if sebelum ni time keputusan upu dah keluar, and korang tak dapat course yang korang nak..korang boleh cuba amek matrikulasi..sbb after matrikulasi..korang boleh apply upu lagi and boleh try lg sekali untuk dapatkan course yang korang inginkan but dengan jaminan make sure result korang kene gempak la juga..kene perform remember that. Tapi ingat based on requirement course tu jugak. Dorang terima tak lepasan matrikulasi haa gitteww..so rajin2 la ye buat research.

Jangan rasa rendah diri sbb korang dua tahun. Kene rajin and be prepared to mentally strong. Pedulikan tanggapan orang lain. Yang penting korang berjaya tak kisah lambat atau tak. You know what, tak semestinya habis awal tu dorang dapat apa yang diorg nak. To be honest pst life, agak though, tak semestinya yang excellent time spm dulu akan excellent time matrik. I ada kwn yg pdt addmath dia D time spm but bila masuk matrik math dia kat sini A even me also but mmg like struggle gila sbb kene rajin buat latihan. Math kat matrik ialah addmath. Meanwhile yg excellent addmath A time spm or not even D dapat A- , B and so on. Ade kwn i time pdt 2 sem 4 flat and masuk pst pon still 4 flat. See, it's about your hardwork. Btw i pon pernah dpt 4 flat selama 2 sem n for another 2 sem my pointer almost 4 .  But well, it's not my rezeki but i did not give up! I still active and participate dalam banyak competition and activity to gain knowledge and experience and also still belajar rajin2 :)

But, first korang kene identify diri korang..adakah korang mampu bawak subjek sains? adakah korang jenis yang rajin? Time pdt korang boleh relaks but bila dah masuk pst banyak yang korang kene belajar...mmg memenatkan bila dah masuk pst. Korang tak boleh lalai ingat tu. Time pdt ada banyak masa..but bila masuk pst..siket dh masa tuu..banyak pack. Bila pdt, lecturer banyak tumpukan perhatian kat korang bab mengajar..lecturer pdt mmg best..sbb dorang akan ajar satu2..but pdt silibus dorang siket jeee...tak sampai half pon dari pst..lebih kurang alam pdt yg satu tahun before masuk pst tu macam alam preparation korang before masuk pst. Tapi membantu ke? Ade yang membantu dan ada yang tak. Basically, korang kene lebih struggle time pst for certain subject. But ade je subject yg korang lebih expert berbanding budak pst sendiri..sbb lecturer pst tak sama macam lecturer pdt yg ajar satu2..kebanyakan budak pst la yang kene lebih struggle untuk belajar sendiri. And based on my observation budak2 pdt yang rajin result dorang lebih better dari result budak2 pst. Lain lah kalo budak pst tu tol2 perform n pandai en so no wonder la dorang senang score. Ade yg budak pst yg perform jugak la time spm sbb addmath dia credit en tp bile masok matrik math yg mmg addmath dia tak perform and ada budak pdt yg addmath 'D' dulu yg lg perform dari dia. I think based on lifestyle cara korang belajar gak. Korang kene tahu past is past n u need to learn to be better than before. People can change. Asalkan kuatkan semangat.

Sekarang, I akan bukakan mata korang lebih lagi pasal life as pdt and pst supaya korang dapat gambarkan. Time pdt, korang akan bergaul dengan semua melayu yg sebaya dengan korang. To be honest aku tak suke dalam kelas semua melayu walau aku sendiri pon melayu..lain macam auranya..aku lebih prefer campor dengan pelbagai bangsa lagi open. And mmg asyik kene masuk kelas je takde kuliah.Sebab ni format baru start dari 2018 and aku tak tahula nnt akan ade perubahan ke apa but setahu aku sistem yg baru ni akan kekal sama. Kalo sistem pdt dah ada perubahan let me know ya. But di sini aku nak tegaskan kitaorg dah jadi tikus makmal untuk uji keberkesanan sistem baru ni as kitaorg adelah first batch. So kitaorang mmg banyak tawakal je la. Exam kitaorang time pdt selama 2 sem pointer tak diambil kira. Kiranya pointer korang bile dh masuk pst, for another 2 sem yg terakhir baru diambil kira. So tak kisah la if time pdt dpt 4 flat selama 2 sem but still pointer kau tak dikira. Actually, aku agak kecewa hahahahahaha tapi pencapaian kau tu bagus la tu bukti performance kau time kt kolej, Nanti dah masuk pst kau akan jadi senior, and kene bergaul dengan junior kau jangan la takut sbb kau yg paling senior hahahahah kene pandai bergaul tu je. Actually, kalau kau cakap yg kau senior kat junior dorang akan mcm treat kau lain siket la ade yg layan cam kakak or abang. But kalau kau tak cakap ape2 dorng takkan tahu pon and ingat korang sebaya dia je hahaha. Lek ah kan beza setahun je. Oh yea, bila dah masuk pst ni..time sem3 & sem4 ofcourse korang akan bergaul dengan pelbagai bangsa.. so be open okay!

-For PST Students- 1 tahun (2 Semester)

Korang kene lebih struggle untuk faham subjek2 dekat matrik. Yelah setahun kan. Identify urself okay! weakness and kelebihan semua. Kalau rasa lambat catch up or slow learner kenela rajin bertanya, buat notes, buat latihan and so on. Kalau rasa cepat catch up takde masalah punya la nak score. Cuma always look forward okay! Spm dah lepas n korang dpat setahun for matrik pon mesti dah bangga kan! so sekarang ni show urself yg korang mampu consistent dengan pencapaiam yg lebih bagus kat matrik nanti. Jangan rasa terlebih pandai pulak, and never look down on others. Jangan pulak ingat semua pdt tu tak pandai pulak. Mostly, ade yg tak menepati syarat minimum untuk kelayakan pst for example addmath D ke, tp banyak A or ade yg tak bernasib baik. Ade situasi rare juga yg pst minta pdt. Btw ingat! rezeki orang lain2. Ade yg result biasa2, A siket time spm pon boleh masuk pst sbb lepas syarat minimum jee..but still kene get good results n based on ur luck. Whatever results u get, yg penting subjek sains kene baik n perform! Okay, korang kene tahu dalam kelas korang akan bergaul dengan pelbagai kaum juga n bercampur sekali dengan senior korang which is 1 tahun lebih tua dari korang. Lek, satu tahun je so jangan awkward sangat so bergaul la dengan hati yg terbuka.  Lecturer mmg ajar laju for pst so korang kene acknowledge tips2 study yg aku ade terangkan kat bawah. And memang kene struggle okay untuk perform! Sebab kalau pointer 2 ke bawah kene buang dari matrik tak silap takde dah meresap masuk jd pdt ke apa. So far aku rasa yg pointer 2 ke bwah tu sebab tak belajar n selalu tak datang kelas..apa yg aku cakap ni based on apa yg aku nampak la. So far, Jangan mudah give up!! 

-FOR YOUR INFORMATION-

 Cube buat yg terbaik dekat matrik sbb pencapaian korang amatlah penting bila nak masuk universiti nanti. Orang takkan pandang spm semata mata dah. Orang akan lebih pandang pointer kau kt matrik ni bila kau nak apply for universiti nnt time upu. Spm just perlu lepas requirements or syarat minimum based on course yg kau mintak. But yg menentukan kau dpt ke tak course yg diminati time universiti adelah pointer kau sendiri. So jangan terlampau yakin kalau spm hebat tapi pointer biasa2 ja kat matrik. Ataupon kelaut. Sebab ade kwn aku spm gempak la jugak tp bile nak apply upu tak banyak course dari universiti yg dia minat ade dekat option dia sbb pointer dia kat matrik rendah. 

Time skrg ni 2019, upu tapis course n universiti yg kau layak masuk based on pointer kau, n markah koko. Actually based On  MERIT overall. Kau kene gak score 10 marks for koko untuk pastikan tempat kau lebih terjamin untuk dapat course n universiti yg kau nak. Jangan focus pelajaran semata mata try balancekan dgn koko jugak join anything yg boleh membantu u untuk dapat markah koko n especially markah koko yg tinggi. But high result need high effort. Memang memenatkan. Aku sarankan untuk dapat markah koko yg tinggi, kau kene wakil kolej for sukan, atau dikenali sebagai kakom. Tapi ingat,based on kemampuan korang juga try la participate apa2 pon asalkan membantu memberi markah. Jangan perform koko je tp pelajaran kelaut!

Btw,korang baru terdedah dgn subjek2 dan skop pembelajaran di matrik..so kene la struggle dan belajar dengan lebih berkesan. Asalkan korang cepat tangkap bende itu tidak menjadi masalah. Yang lambat tangkap, rajinkan diri bertanya n jumpa cikgu, catat notes mmg kene banyak buat latihan untuk lebih mahirkan diri. Jangan risau. Lambat laun bila dh kt matrik korang akan berada dalam mode "need to survive" well tak kira apa pon berlaku. Penat mmg penat tapi ingat jangan mengalah. Teruskan. Kalau tak tahan penatnya belajar, maka korang akan tanggung peritnya kebodohan.

Oh yea, penting untuk kekalkan pointer 2 dan ke atas supaya tak kena buang dari matrik.

-TIPS BELAJAR- 
1. Buat nota, for subjek yg korang lemah 

2. Rajin tgk video berkaitan subjek yg dipelajari. Kalau video berkenaan subjek kat matrik banyak je. Video belajar yg dapat membantu korang. Yelah sbb boleh tgk banyak kali kan. Explanation cikgu yg tk sempat catch up pon korang boleh catch up balik tgk video subjek berkenaan. Ramai je lecturer2 matrik yg buat video as bahan bantu belajar for subjek2 tertentu. So rajin kan diri up to dates dgn apa yg cikgu send, kadang lecturer rajin send video yg dpt bantu pelajar n rajin kan diri buat research jugak, kt youtube or any webiste yg dipercayai. And based on video yg korang tgk, boleh buat catatan.

3. Beli buku rujukan yg dijual di matrikulasi. Based on subjek yg korang lemah or as pengukuhan. Boleh beli buku past year question jugak. Kalau aku prefer beli buku nota maths n past year questions dia sbb kdg2 nota maths aku tak complete sbb kene tulis sendiri apa cikgu tulis n terang kt depan so kalau tak sempat ke apa kdg2 aku ade snap but kene minta izin cikgu la untuk snap but ade je cikgu yg sempoi je bila kau snap sbb faham kau tak sempat salin. But bila ketinggalan aku rujuk buku rujukan aku sbb kdg lebih kemas la berbanding nota aku hikhiks.

4. Rajinkan diri buat past year quastions. Biasa cikgu akan bagi past year questions, suruh korang buat or tk ckp apa2 n harap korang buat HAHAHA korang kene la rajin jumpa or tanya cikgu lepas buat n ade juga cikgu bincang dlm kelas so depends on situation jugak la. Ade lecturer yg tk pentingkan past year sngt n suruh buat buku tutorial. So korang kene la rajin search past year question kat tenet ni...banyak..belambak je. 


5. Pilih environment yg okay untuk study tanpa gangguan.

6. Dekatkan diri dgn kwn yg beri kau positive vibes. Kesihatan mantal amatlah penting ya rakan2.

7. Jangan lalai, selalu beringat. Sesibuk mana sekali pon jangan lupa beribadah dan dekatkan diri kepada Allah. End up rezeki or rahmat Allah yg beri. Because anything can happen. Time exam pon boleh jatuh sakit ke n so on so banyakkan berdoa, solat sunat, rajin baca al-quran. Jauhkan diri dari kemungkaran. For those non muslim buat la ikut kepercayaan korang. I yakin semua agama menyeru ke arah kebaikan. 

8. Pandai uruskan masa, buat jadual harian.


Additional info, yang nak perbaiki result spm untuk lepaskan requirement course di universiti nanti or for any reason boleh checkout blog i yg lg satu nnt untuk mengetahui cara2, tips belajar spm ulangan sambil di matrik for subjek addmath and i will share my own experience. Oh yeah, btw my addmath bukan D lagi bcs i managed to get credit in addmath which i retake in spm 2019. Overall, reason aku just nak puaskan hati sendiri sbb aku jatuh sakit pd hari exam addmath spm dulu so konon nak buktikan aku mampu buat so aku pon retake spm untuk subjek addmath je ya.




No comments:

Post a Comment